Siakap Keli

Terdapat Kegunaan lain Seterika Yang Anda Patut Tahu, Bukan Sahaja Menggosok Baju

Umumnya sebuah seterika yang banyak digunakan oleh orang-orang di rumahnya memiliki fungsi untuk menyeterika dan melicinkan pakaian agar tidak kusut dan kedut. Namun, mungkin anda tidak tahu dan menyangkakan kalau sebuah seterika mempunyai fungsi lain selain untuk pakaian. Ya, anda tidak salah baca. Sebuah seterika yang ada dirumah anda boleh anda gunakan untuk beberapa hal lain selain menghilangkan kedut pada pakaian.

Dipetik dari beberapa sumber, ada cara lain dari yang lain boleh digunakan dengan seterika, berikut antaranya.

1. Mengatasi kedutan pada karpet

Ketika anda meletakkan perabot yang berat di atas karpet lembut, hal tersebut boleh meninggalkan tanda atau bekas tindihan yang membuat karpet kelihatan kedut. Salah satu cara yang paling efektif untuk memperbaiki masalah tersebut adalah dengan meletakkan kain lembab di atas area karpet yang kedut. Setelah itu gosok kain lembab tersebut menggunakan seterika dengan pengaturan wap. Setelah sekitar 30 saat, sisihkan seterika dan angkat serat karpet dengan tangan.

2. Tukang kayu

Anda bahkan dapat menghilangkan penyok pada lantai atau perabot kayu menggunakan teknik sam dengan karpet yang penyok. Basahkan area lantai atau perabot kayu yang penyok, lalu letakkan tisu basah di atasnya. Setel seterika pada tahap panas dan buat gerakan melingkar di atas yang penyok selama beberapa minit, periksa sekerap mungkin untuk melihat apakah penyok sudah berkurang. Ingatlah bahawa tidak semua hasil akhir bereaksi dengan cara yang sama terhadap wap, pastikan untuk menguji metod ini di area yang tidak terserlah terlebih dahulu.

3. Menghapus kesan lilin

Anda mungkin pernah menumpahkan sedikit lilin panas pada karpet atau alas meja. Untungnya, seterika dapat memperbaiki hal itu dengan mudah. Pertama, biarkan tumpahan lilin panas menjadi benar-benar kering, lalu kikis sebanyak mungkin dengan pisau mentega tumpul. Setelah itu letakkan kertas di atas area lilin dan nyalakan seterika dengan suhu panas tahap rendah untuk mengeluarkan lilin dari kain dan pada kertas dengan lembut.

4. Membersihkan kesan wap panas

Apakah anda membuat kesalahan dengan meletakkan secangkir teh atau kopi panas di atas meja kayu kesayangan anda? Kemungkinan besar, itu meninggalkan kesan panas putih yang buruk. Percaya atau tidak, seterika dapat digunakan untuk menghilangkan kesan panas dari permukaan ini. Letakkan tuala nipis di atas area yang bermasalah.   Kemudian, panaskan setrika dengan suhu panas sedang, dengan fungsi wap aktif dan berikan tekanan ringan pada titik tersebut selama 10-15 saat. Periksa hasilnya, dan jika perlu, terus gunakan panas sampai kesan hilang.

5. Melestarikan bunga

Lestarikan bunga dari karangan bunga kesayangan atau sehelai dedaunan yang indah dengan seterika dan kertas lilin. Pertama, selipkan bunga di antara 2 lembar kertas lilin, lalu letakkan buku yang berat di atasnya untuk diratakan. Sementara anda menunggu, kosongkan air dari seterika wap kerana anda tidak ingin ada wap yang terlibat dalam proses ini. Gantilah buku dengan kertas, lalu tekan seterika di atas bahan untuk menutupnya. Proses ini akan bertindak sebagai lamina untuk bunga, mungkin anda boleh menggunakannya sebagai dekorasi atau kraf tangan selama bertahun-tahun yang akan datang.

6. Menghilangkan kesan pada pakaian

Cegah kesan peluh dan bau busuk pada kemeja dengan memasukkan bedak bayi ke dalam rutin semasa anda menyeterika pakaian. Cukup bersihkan bahagian dalam lengan kemeja dan kolar dengan bedak bayi berbau sedap lalu seterika seperti biasa. Ini akan menciptakan penghalang antara kulit dan gentian kemeja, mengurangkan bekas peluh. Metod ini bekerja sangat baik pada kemeja putih, perubahan warnanya paling jelas akan terlihat.

7. Hilangkan kesan gula-gula getah

Ya, setrika boleh mengatasi masalah kesan gula-gula getah yang menempel pada pakaian. Caranya cukup letakkan selembar kadbod di area pakaian yang terkena gula-gula getah, supayda a bahagian yang terkena gula-gula getah menyentuh kadbod. Setelah gula-gula getah sudah melekat pada karbod, gosok bahagian atas karbod dengan seterika. Setelah itu, seterika sisi lain pada kain di baliknya. Kesan gula-gula getah akan melekat pada karbod dan akan jadi lebih lembut dan anda boleh mebersihkan pakaian dengan mudah. Juga, pastikan suhu seterika tidak terlalu tinggi, kerana gula-gula getah akan meleleh dan susah dihilangkan.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.