Siakap Keli

(Video) Mungkin Sedang ‘Mabuk’ Bercinta, Jurugambar Kongsi Foto-foto Pasangan Penguin Paling Romantik

Pasti sebelum ini anda pernah ternampak gambar dan video sepasang penguin yang romantik tular di media sosial, kan?

Antara rakaman menarik kedua-dua pasangan ‘comel’ itu adalah ketika mereka berdua berada di tepi pantai bersama-sama sambil menatap pemandangan indah suasana bandaraya.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Bagaimanapun, pasangan penguin ini sebenarnya sudah pun mati dan kisahnya diceritakan kembali oleh seorang warganet, @meindiva menerusi ciapan di Twitternya baru-baru ini.

Jelasnya, penguin berwarna cerah itu ialah betina dan berusia lebih tua berbanding pasangannya yang berwarna gelap.

Ahli biologi pernah mengikuti jejak langkah mereka ketika kedua-dua pasangan ini bertemu pada setiap malam untuk saling bermanja.

Dakwanya, pasangan penguin romantis ini akan berdiri berjam-jam lamanya bersama-sama sambil menyaksikan kerdipan lampu malam yang menerangi bandar Melbourne.

Difahamkan, momen indah yang menyentuh hati ini dirakam jurugambar profesional dari Jerman, Tobias Baumgaertner sebelum berjaya merangkul anugerah dalam Ocean Photography Awards 2020 majalah Oceanographic baru-baru ini.

Sementara itu, warganet @illusion_opus turut berkongsi rakaman video yang disunting oleh Tobias.

Berdasarkan video ini, jelas kelihatan kedua-dua penguin memang saling berkasihan antara satu sama lain.

Lokasi itu dirakam di sekitar pantai St. Kilda Pier di bandar itu yang terkenal dengan koloni besar menghimpunkan kira-kira 1,400 ekor penguin.

Bagaimanapun, ada satu kisah sedih yang tersingkap di sebalik kisah percintaan mereka.

Menurut warganet @CooperBibaud, sebenarnya penguin ini bukanlah pasangan cinta sejati yang asal, malah kedua-duanya ada ‘kisah silam’ tersendiri sebelum ini.

“Tetapi sebenarnya mereka berdua bersekongkol dan membunuh pasangan masing-masing sehingga akhirnya mereka dapat bersama. Mereka bertemu di sini setiap malam dengan harapan mayat pasangan yang dibunuh itu tidak muncul semula,” dakwanya.

Ciapannya itu dipersetujui oleh sebilangan besar warganet lain hingga meraih kira-kira lebih 15,000 tanda ‘likes’.

Sumber: Twitter / BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'