NEW ZEALAND – Baru-baru ini, seorang wanita tidak menyangka apabila pemberat kertas yang dimilikinya selama lima tahun lalu sebenarnya mengandungi abu mayat seorang lelaki. Kisah pelik Jessica Roberts dari Wellington telah tular di media sosial setelah dirinya memuat naik mengenai pencarian pemilik kepada abu mayat tersebut.
Menurut Mirror UK, anaknya, Braiden telah menjumpai barang berbentuk hati di jualan garaj dan bersetuju untuk membelinya dengan harga $1 (RM4.06). Sejak itu, dirinya menyimpan pemberat kertas tersebut sehingga Jessica menyedari ia merupakan tempat penyimpanan abu mayat manusia atau haiwan setelah terjumpa objek serupa yang dijual di Amazon.
Menurut sebuat posting di Facebook miliknya, dia mengatakan: “Sekarang saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Sebelum ini saya perhatikan ada skru dan penutup di bahagian bawah dan menganggapnya untuk pasir atau sesuatu. Adakah saya perlu membukanya atau membuangnya? Perkara ini boleh menyebabkan hidup saya dihantui.”
Kemudian, Jessica memuat naik gambar bekas abu mayat tersebut dengan harapan dirinya dapat mrnrmui waris pemiliknya.
Walau bagaimanapun, Jessica berjaya menjumpai pewaris tersebut setelah surat akhbar tempatan menyiarkan kisahnya dan dirinya dihubungi oleh seorang lelaki mendakwa objek tersebut milik isterinya yang mengandungi abu mayat bapa mertuanya.
Difahamkan, objek berkenaan telah hilang beberapa tahun yang lalu ketika seorang rakannya telah merampas barang kepunyaan isterinya.
Sumber: Mirror UK