Chia seed atau biji chia merupakan biji hitam kecil yang dikenali sebagai Salvia hispanica. Tumbuhan ini berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Ada yang mengatakan, puak Aztecs dan Maya menggunakan tumbuhan ini sebagai sumber tenaga. Biji chia dikatakan mengandungi nutrien yang dapat memberi manfaat penting kepada tubuh badan dan kesihatan dalaman kita.
Betul ke makan chia seed boleh turunkan berat badan? Anda perlu tahu chia seed mempunyai banyak kelebihan terhadap tubuh badan kita. Berikut merupakan manfaat yang terdapat dalam chia seed, antaranya:
(1) Tenaga
Chia seed mengandungi pelbagai kombinasi kandungan protein, vitamin dan mineral. Ia membantu mengekalkan keupayaan tenaga sepanjang hari.
Kandungan kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dalam sehari berbeza mengikut pelbagai faktor. Mungkin ia berbeza dari segi usia, ketinggian, berat semasa, tahap aktiviti, kesihatan metabolik dan lain-lain. Jadi keperluan kalori adalah berbeza bagi setiap individu.
Berikut merupakan amaun chia seed dalam satu auns bersamaan 28 gram:
- Serat – 11 gram
- Protein – 4 gram
- Lemak – 9 gram (5 daripadanya adalah omega-3)
- Kalsium – 18% daripada RDI (Reference Daily Intake)
- Mangan – 30% daripada RDI
- Magnesium – 30% daripada RDI
- Fosforus – 30% daripada RDI
Selain daripada kandungan di atas, chia seed juga mengandungi zink, vitamin B3 (niacin), kalium, vitamin B1 (thiamine) dan vitamin B2 yang baik. Ia hanya mengandungi 101 kalori per auns (selepas ditolak serat yang tidak diserap ke dalam sistem pencernaan dan kalori yang boleh digunakan dalam badan. Sekaligus menjadikan biji kecil hitam ini sebagai antara sumber nutrisi dan kalori terbaik di dunia.
(2) Berat badan
Ramai pakar kesihatan mempercayai chia seed mampun menurunkan berat badan. Kandungan karbohidrat yang boleh diserap hanyalah satu gram bagi setiap auns (28 gram) adalah sangat rendah. Ini menjadikan ia sebagai makanan rendah kandungan karbohidrat dan dapat membantu menurun berat badan.
Serat larut yang terkandung dalam biji chia ini akan menyerap sejumlah air dan mengembang di dalam perut. Keadaan ini akan menjadikan akan kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan.
Selain itu, biji chia ini juga mampu memberi ketahanan kepada insulin. Ia juga mengandungi trytophan, sejenis asid amino yang mengawal selera makan dan tidur.
(3) Kaya dengan antioksidan
Chia seed mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Ia mempunyai lebih 20 peratus antioksidan berbanding beri biru. Antioksidan boleh melawan penghasilan radikal bebas, yang boleh merosakkan molekul sel dan menyumbang kepada penyakit barah.
Antara kandungan antioksidannya adalah seperti asid kromogenik, quercetin, asid kafein, myricetin dan kaempferol flavonols glikosida.
(4) Pencernaan
Makanan yang mengandungi serat mampu mengurangkan kadar kolesterol dan sembelit. Chia seed mengandungi serat yang baik dan mengandungi serat jenis larut dan tidak larut. Oleh itu, anda hanya perlu makan dalam satu atau dua sudu biji chia supaya mendapatkan keperluan serat yang baik dalam seharian.
(5) Memberi kekuatan tulang
Biji Chia mengandungi kalsium, magnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Kandungan protein sebanyak 14% sangat baik untuk menguatkan struktur gigi dan tulang. Bagi mereka yang mungkin kurang minum susu, minum air yang mengandungi biji chia mampu mendapatkan zat kalsium disebabkan kandungan proteinnya yang baik.
(6) Mengurangkan penyakit kardiovaskular
Pasti ramai tidak menyangka bahawa biji chia mengandungi kandungan omega-3 yang mampu mengurangkan kolesterol dalam badan. Selain itu, ia membantu mengawal kadar denyutan jantung, tekanan darah dan mengurangkan rasa keradangan.
Cara pengambilan Chia seed
(1) Chia Seed boleh dimakan mentah kerana ia memiliki rasa kekacang yang sedap.Ia juga boleh direndam dalam jus buah ataupun air kosong. Selain itu, biji chia boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat roti, kek dan biskut. Oleh sebab itulah chia seed mempunyai pelbagai menu dan resepi khususnya dikalangan mereka yang sedang diet.
(2) Anda disarankan mengambil chia seed lebih kurang 20 gram setiap kali anda makan. Walaupun terdapat banyak manfaat chia seed, namun dalam aspek pengambilannya ia haruslah diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Rujukan
(1) Kris Gunnars (2018) 11 Proven Health Benefits of Chia Seeds. Sumber diperoleh daripada https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-health-benefits-of-chia-seeds#TOC_TITLE_HDR_5
(2) Dennis Zill (2020) Cara Makan Chia Seed Untuk Kurus. Sumber diperoleh daripada https://www.denniszill.com/cara-makan-chia-seed-untuk-kurus/