Siakap Keli
Kredit: Google

APMM Tahan Kapal Asing Berlabuh Tanpa Kebenaran Di Perairan Melaka

MELAKA, 31 Dis (Bernama) — Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Malta ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 4.9 batu nautika barat daya dari Pulau Upeh di sini, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Komander Maritim Azman Samsudin berkata kapal MT TAHITTI ditahan setelah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran berlabuh daripada Pengarah Jabatan Laut kira-kira 1.15 tengah hari semalam.

Beliau berkata kapal tangki itu dikendalikan 26 anak kapal warga Republik of Hellenic, Romania, Filipina dan Rusia, yang berusia 19 hingga 56 tahun.

“Kapal itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata APMM Melaka dan Negeri Sembilan akan terus mempergiatkan kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan berkaitan dalam operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan di bawah kendaliannya.

Orang ramai juga diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi 24 jam, katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.