Kentang seringkali dijadikan bahan asas untuk pelbagai hidangan, lauk pauk, makanan ringan, dan manisan. Rasanya yang lembut dan mudah untuk dimakan serta membekalkan nutrtisi sudah pasti menjadi kegilaan bagi semua peringkat usia.
Bagi anda yang nak makan makanan yang simple tapi mengenyangkan bolehlah cuba buat sendiri dekat rumah resepi mudah dan menarik daripada @Rosie Zam iaitu “Bake Cheese Potato”.
Selamat pagi semua. Siapa kat sini peminat kentang? Pagi ni saya nak kongsikan resepi “bake cheese potato”.
Bye gaiss.
Seperti biasa ni gambar yang sudah siap di bakar. Hmm sedapnya bau cheese tu harum je menusuk hidung.
Jom kita ikuti cara menyediakan hidangan ini:
Kupas kentang dan rebus hingga empuk.
Dalam periuk kecil cairkan butter, garam dan susu full cream. Biarkan hingga mendidih. Kemudian tutup.
Toskan kentang yang sudah lembut tadi. Tuangkan susu ke dalam bekas kentang.
Kemudian tambahkan mozarella cheese. Lenyekkan hingga hancur.
Selepas itu alihkan kentang lenyek tadi ke dalam dulang pembakar. Ratakan macam dalam gambar ni okey.
Dalam kuali leper masakkan kepingan daging hingga garing. Ni saya beli kat tesco brand gourmessa rm8.99 harganya.
Taburkan cheese ke atas kentang lenyek tadi , kemudian taburkan pula daging garing tadi. Daging tu saya hancurkan macam dalam gambar ni. Selepas itu bolehla dibakar 15-20 minit hingga cheese bahagian atas tersebut kekuninga. Amboi harumnya bau cheese tu.
Wah siap dah boleh hidangkan dengan sour cream. Hati-hati panas ni jangan sampai melecur lidah pulak tau. Selamat mencuba. Boleh terus follow Rosie Zam untuk lebih banyak resepi menarik.
Sumber : Rosie Zam