Umum mengetahui bahawa selain urin, najis juga boleh memberitahu kita sama ada tahap kesihatan kita berada pada normal atau sakit. Ya, bunyinya agak kotor tentang topik ini tetapi ia sangat bermakna untuk sampaikan mesej tentang kesihatan diri seseorang.
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Public Health Malaysia menjelaskan bahawa najis anda merupakan hasil yang menjadi refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat ubatan dan gaya hidup seharian.
Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart ini, merupakan rujukan untuk membandingkan ciri ciri najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.
Najis yang normal adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah dikeluarkan.
- Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami sembelit.
Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyah tinja lebih menyakitkan
- Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami cirit birit.
Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut.
Ciri ciri perkumuhan yang sihat
- Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan ( biasanya sarapan)
- Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar
- Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas
- Tidak perlu meneran najis
- Tidak perlu kembali ke tandas semula selepas bangun dan selesai
Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda untuk najis yang lembut dan lancar. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat. Sama-sama kita ubah gaya hidup ke arah lebih sihat.
Sumber: Public Health Malaysia