Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

KWSP Kota Kinabalu Akan Ditutup Sementara Bermula 31 Disember 2020

Pejabat KWSP Kota Kinabalu akan ditutup sementara, bermula 31 Disember 2020 sehingga dimaklumkan kelak.

Makluman penutupsan yang dikongsikan menerusi akaun twitter KWSP itu adalah untuk proses disinfeksi dan sanitasi kepada pihak pengurusan premis atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Segala urusan yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan ini adalah dibatalkan.

Ahli dinasihatkan untuk menjadualkan semula segala urusan janji temu yang telah dilakukan minggu ini melalui Janji Temu Online atau ke mana-mana cawangan KWSP sekitar Negeri Sabah yang masih beroperasi seperti biasa ataupun melakukan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara online melalui i-Akaun.

Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama.

Sumber :  KWSP Malaysia 

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.