Siakap Keli
Kredit: Google

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Larikan Gelang Emas Bernilai RM40,000

MARANG, 31 Dis (Bernama) — Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai melarikan dua utas gelang tangan emas bernilai RM40,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata suspek utama berusia 32 tahun dan rakannya berumur 30 tahun ditahan dalam dua serbuan di dua buah rumah sekitar Dungun antara pukul 9.00 malam tadi dan 4.30 pagi ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang digunakan ketika kejadian dan turut menemui salah satu barang kemas yang dicuri.

“Permohonan perintah reman terhadap kedua-dua suspek telah dibuat pagi ini dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan barang kes lain serta rakan suspek yang mungkin terlibat dalam kes itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Sebelum ini tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 27 saat yang memaparkan kejadian seorang lelaki menyamar sebagai pembeli di sebuah kedai emas sebelum membawa lari barangan kemas.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.