Bell’s palsy adalah kelumpuhan otot wajah yang umumnya mempengaruhi salah satu bahagian wajah. Sebelah wajah penghidap bell’s palsy akan mengalami lumpuh atau menjadi kaku. Tidak seperti stroke, gangguan saraf ini muncul secara bertahap dan akan semakin teruk dalam jangka waktu dua sampai tiga hari.
Menurut NHS, bell’s palsy dapat menyerang setiap orang, termasuk kanak-kanak. Umumnya penyakit ini dialami orang berusia 15 sampai 60 tahun. Penyakit ini kerap dialami oleh ibu hamil, penghidap diabetes, influenza dan penyakit pernafasan lainnya. Dipetik dari WebMD, gejala bell’s palsy antaranya:
- Salah satu sisi wajah lemah, terkulai atau kaku
- Separuh bahagian wajah susah memejamkan mata
- Sebelah bahagian wajah lumpuh sepenuhnya
- Air liur
- Sakit di bahagian rahang atau belakang telinga
- Sakit kepala
- Lidah kurang peka
- Mata dan mulut kering
- Telinga berdengung
- Susah bercakap
- Susah makan dan minum
Gejala bell’s palsy pada umumnya akan sembuh setelah tiga minggu. Kadang kala proses pemulihannya memakan waktu tiga sampai enam bulan.
Penyebab bell’s palsy Dipetik dari artikel Johns Hopkins Medicine, pakar menyatakan bell’s palsy disebabkan oleh kerosakan saraf wajah, tepatnya saraf kranial ketujuh. Kerosakan saraf ini menyebabkan peradangan yang mempengaruhi saraf yang mengendalikan beberapa bahagian wajah seperti mata, air liur, deria rasa dan dekat telinga. Beberapa faktor risiko yang boleh jadi penyebab bell’s palsy, antaranya ialah:
- Diabetes
- Tekanan darah tinggi
- Kecederaan di wajah
- Keracunan
- Penyakit Lyme
- Sindrom Guillain-Barré
- Sarkoidosis
- Myasthenia gravis
- Multiple sclerosis
- jangkitan virus seperti herpes simplex, herpes zoster, mononukleosis, flu
Kerana sebahagian besar bell’s palsy disebabkan jangkitan virus, penyakit yang menyerang saraf ini sukar untuk dicegah. Penyakit ini dapat menyerang penghidapnya sekali, namun juga boleh sembuh di kemudian hari. Bell’s palsy juga terdedah kepada orang yang memiliki orang tua atau saudara dengan penyakit sejenis. Dengan perawatan medical yang tepat, bell’s palsy mampu disembuhkan dan keadaan fizikal penghidap boleh kembali normal.
Sumber- WebMd