Kutu adalah gangguan kesihatan umum yang dialami kucing. Namun demikian, jangan khuatir, sebab banyak cara untuk membasmi kutu pada kucing peliharaan anda. Dalam era kini, terdapat banyak produk pembasmi kutu pada kucing yang berbentuk spray, bedak kolar khusus yang mampu membasmi kutu. Meskipun produk pembasmi kutu kucing yang dijual di pasaran memang mampu menghalau kutu, namun ada juga beberapa ubat semula jadi yang juga mampu membasmi kutu, yang bahkan boleh anda buat sendiri di rumah.
Namun demikian, sebelum mengaplikasikan ubat kutu kucing yang dibuat sendiri, sebaiknya dapatkan nasihat doktor haiwan terlebih dahulu dahulu, yang lebih faham dan tahu solusi terbaik untuk merawat kucing anda. Dipetik dari The Spruce Pets, berikut beberapa bahan semula jadi yang dapat dijadikan ubat membasmi kutu kucing.
1. Lemon
Salah satu pembasmi kutu semula jadi yang paling efektif adalah acid sitrat yang dapat ditemukan di lemon. Ini membuat air lemon menjadi ubat yang diakui secara luas untuk membasmi kutu. Anda spraykan bulu kucing anda dengan larutan yang dibuat dengan merebus satu atau dua potong lemon. Biarkan lemon terendam selama beberapa jam dan kemudian tiriskan cairannya sebelum dipindahkan ke botol spray.
Sapukan larutan dengan lembut ke bulu kucing anda, pastikan untuk elak dari terkena matanya. Pantau juga apakah kucing mengalami kemerahan atau tanda rengsangan lainnya pada kulit, ulang aktiviti ini sekerap yang diperlukan sampai kutu benar-benar hilang. Jika kucing anda tidak sukakan air, anda juga boleh mencuba menggunakan sikat yang dicelupkan ke dalam larutan lemon dan menyikat kutu. Jika anda khuatir dengan sisa kutu dan telur kutu, tambahkan secangkir air lemon pada cucian anda ketika mencuci tempat tidur haiwan peliharaan untuk membantu membasmi kutu yang tersisa.
2. Rempah-rempah
Salah satu hal paling mudah yang dapat anda lakukan untuk kucing yang mempunyai kutu adalah mengubatinya dengan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dapur. Kerana ianya mengandungi sebatian semula jadi yang dikenali sebagai carvacrol, minyak origano sangat berkesan dalam menghilangkan kutu. Mulakan dengan mencampurkan satu sudu teh minyak origano dengan tiga sudu teh minyak zaitun. Kemudian, sapukan sedikit larutan ke area di mana kutu cenderung berkumpul, seperti telinga, perut, ekor, dan leher kucing Anda. Kutu juga dapat dibasmi dengan rosemary. Giling daun rosemary menjadi serbuk dan taburkan di area tempat kegemaran kucing anda.
Jika kucing tidak mengizinkan anda mengaplikasikan perubatan topikal pada bulunya, anda boleh cuba mencampurkan sedikit atau kurang dari satu sudu teh jintan ke dalam makanan kucing. Jintan akan membuat kulit kucing anda menjadi sangat tidak menarik bagi kutu. Jika anda tidak memiliki rempah-rempah ini, sedikit garam juga dapat membantu kerana dapat membantu mengeringkan dan membunuh kutu pada kucing. Garam berfungsi untuk membunuh kutu dan telur kutu yang mungkin bersembunyi di karpet. Cukup taburkan garam di atasnya atau bila dicampur dengan air, dapat digunakan untuk merawat permukaan yang keras.
3. Cuka epal
Produk lain yang tidak disukai kutu adalah cuka sari epal. Meskipun tidak efektif untuk membunuh serangga, cuka sari epal dapat menyebabkan kutu melompat dari tubuh kucing, sehingga anda dapat mengatasi masalah tersebut dengan lebih baik. Campurkan cuka sari epal dengan air dengan perbandingan 2:1 dan spraykan pada bulu kucing anda. Kutu boleh jadi kelompok yang degil jadi anda mungkin harus melakukannya beberapa kali dengan menyapu cuka ke bulu kucing agar benar-benar bebas dari masalah kutu.
4. Sabun pencuci pinggan
Sabun pencuci pinggan dengan formula paling lembut pun terbukti sangat efektif membasmi kutu. Sabun pencuci pinggan menghancurkan kerangka luar kutu dan membunuhnya dalam beberapa minit, bahkan setelah dicairkan dalam air. Cukup basahkan bulu kucing anda dengan spray dan usapkan sabun cuci pinggan dengan lembut ke bulunya (fokus pada area yang cenderung disembunyikan kutu) sebelum dibilas.
Sumber- The spruce pets