Siakap Keli
Gambar via United Press International

Usia Gabungan 12 Adik-beradik Ini Cecah 1,042 Tahun, Cipta Rekod Dunia

KANADA – Sebuah keluarga yang terdiri daripada 12 adik-beradik didakwa mencatat rekod dunia, Guiness World Records apabila usia gabungan mereka berjumlah 1,042 tahun. Dilaporkan, adik-beradik dari keluarga D’Cruz masih hidup dan rata-ratanya berumur antara 75 hingga 97 tahun.

Mereka dianugerahkan rekod dunia kerana usia gabungan tertinggi yang berjumlah 1,042 dan 315 hari. Berikutan itu, Genia Carter, 75 adalah ahli keluarga termuda manakala adik-beradiknya yang paling tua berusia 97 tahun dan dikatakan masih sihat.

“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi pada kami sekeluarga. Saya selalu menganggap rekod Guinness biasanya untuk orang yang paling tinggi dan paling pendek. Saya terkejut tetapi dalam masa yang sama, saya bersyukur kerana semua adik-beradik kami masih hidup,” kata Carter kepada The London Free Press.

Tambahan itu, Carter dan adik-beradiknya dibesarkan di Pakistan dan kakak tertua mereka adalah yang pertama berpindah ke Kanada untuk mencari duit bagi membawa keluarga yang lain tinggal ke negara itu. Namun begitu, seorang daripada mereka telah tinggal di California manakala seorang lagi tinggal di Switzerland dan adik-beradik lain masih berada di Kanada.

Bukan itu sahaja, Carter mengatakan bahawa keluarganya tetap rapat dan mereka akan membuat panggilan video setiap hari pada pukul 11 pagi untuk terus berhubung.

“Kami tak pernah bertengkar dan kami akan melakukan apa sahaa untuk satu sama lain,”katanya.

Sumber: United Press International

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia