Siakap Keli
Gambar : Dailymail

(Video) Bapa Ikat ‘Tablet’ Di Kepala Dengan Wajah Isteri Untuk Susukan Anaknya, Nampaknya Buahkan Hasil

Bukan hanya melahirkan, bahkan para ibu juga memiliki kewajipan untuk memberikan susu kepada bayi mereka. Memberi susu tidak semudah yang dibayangkan, apatah lagi jika si ibu bekerja. Disebabkan itu, mereka memerlukan sokongan daripada para suami.

Seperti seorang ayah dari China, hadir dengan cara yang bijak untuk menyusukan anaknya.

Dalam klip lucu yang dirakam di Wilayah Wuyuan di wilayah Jiangxi, di China, seorang ayah mengikat gambar ibu bayi itu di hadapan wajahnya sendiri. Tablet diletakkan di hadapan wajah lelaki itu, dengan dua pengikat plastik lutsinar di belakang kepalanya. Bayi lelaki itu dilihat gembira, mengulurkan sebelah tangan dan berusaha menjangkau ibunya.

Cara penyelesaian yang dilakukan untuk memberi susu kepada anaknya itu berhasil setelah beberapa kali bayi itu menolak dan hanya mahu disusui oleh ibunya sendiri.

Sumber : Dailymail

Aziezzan