Siakap Keli
Gambar : The Sun

(Video) Rakaman Ular Tedung Menyusuri Padang Golf Jadi Perhatian

Momen menggerunkan apabila seekor ular tedung menyusuri di sebuah padang golf.

Dalam klip video yang dikongsikan oleh media The Sun di twitter, terlihat seekor ular tedung dewasa berwarna coklat kehitaman dan bersaiz sederhana besar, reptilia pembunuh itu dilihat sedang menyusuri di sebuah padang golf dipercayai di Harere, Zimbabwe.

Tidak pasti arah yang ingin dituju ular tersebut, rakaman itu juga tidak memaparkan sebarang aktiviti berkaitan golf ketika itu.

Rakaman tersebut telah dikongsikan oleh The Sun dan mendapat lebih 15 ribu tontonan. Ular sememangnya haiwan yang menakutkan terutamanya yang boleh membawa maut. Disebabkan itu, semua orang perlu lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa tersebut.

Sumber : The SunĀ 

Aziezzan