Siakap Keli
Gambar Via CNN

(Video) Sekurang-kurangnya 22 Orang Maut, Jadi Mangsa Letupan Di Lapangan Terbang Yaman

Lapangan terbang di Aden, Yaman dilaporkan telah mengalami beberapa siri letupan sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan ramai yang mengalami kecederaan.

Menurut CNN, letupan itu berlaku ketika kerajaan perkongsian kuasa baru dibentuk tiba dari Arab Saudi pada Rabu.

Tidak dapat dipastikan sama ada letupan itu disebabkan oleh peluru berpandu yang disasarkan ke lapangan terbang itu.

Gambar Via Yahoo

“Percubaan untuk membunuh ahli kabinet Yaman adalah usaha untuk mengagalkan Perjanjian Riyadh yang telah diambil oleh rakyat Yaman sebagai jalan penyatuan pangkat, pemulihan kehidupan normal, keamanan dan kestabilan serta peta jalan untuk mencapai penyelesaian politik yang komprehensif di Yaman,” kata jurucakap koalisi pimpinan Arab Saudi di Yaman, Kolonel Turki Al-Malki.

Sebelum serangan itu, ratusan orang telah berkumpul di lapangan terbang untuk menyambut kedatangan pihak kerajaan yang dilantik di Arab Saudi minggu lalu.

Sebelumnya, Menteri Penerangan Yaman, Muammar Al Eryani menuduh pemberontak Houthi merupakan dalang di sebalik serangan itu.

Namun, sehingga kini tiada mana-mana pihak yang tampil mengaku mengenai serangan itu.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story