Siakap Keli

(Video) Taknak Terima Beg ‘Frozen’, Telatah Kanak-Kanak Ketika Hari Graduasi Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada apa yang lebih gembira bagi setiap ibu bapa selain melihat anak-anak semakin membesar.

Segala momen penting dalam tempoh pembesaran itu akan dirakam dan disemat dalam ingatan menjadi memori yang indah.

Detik yang tentu sekali tidak akan dapat dilupakan adalah ketika anak-anak sudah tamat persekolahan tadika.

Ia merupakan saat-saat yang paling teruja dan ‘ditakuti’ oleh ibu bapa kerana anak-anak akan melangkah ke alam persekolahan rendah yang mungkin lebih mencabar.

Sudah pastinya, ibu bapa tidak akan terlepas hari penting iaitu hari graduasi dan kecemerlangan anak-anak.

Hari tersebut juga pastinya banyak menyaksikan ragam anak-anak kecil.

Sama dengan video tular yang menyaksikan seorang kanak-kanak empat tahun ini yang enggan menerima hadiah beg yang diberikan kepadanya.

Telatahnya yang comel itu dirakam oleh bapanya, Che Ku Rahimi, dan dimuatnaik ke dalam laman TikTok.

Dia dipercayai enggan menerima beg tersebut kerana terdapat kartun  Frozen pada beg itu.

@bukanckremi

Reply to @mamarizqi70 video asal abang Ameer ni.. Haha

♬ original sound – Che Ku Rahimi – Che Ku Rahimi

Namun, dia selepas itu mendapat beg lain yang mempunyai yang dilihat dipeluk erat olehnya.

Gambar Via Che Ku Rahimi
Gambar Via Che Ku Rahimi

Menjengah ruangan komen di TikTok, ramai yang terhibur melihat ragam kanak-kanak itu.

Sumber: Che Ku Rahimi

Sofea

There's always another side to every story