Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Amaran Cuaca Buruk Dijangka Landa 2 Buah Negeri, Terengganu Antara Terlibat Amaran Cuaca Waspada Hingga 2 Januari

Jabatan Meteorologi Malaysia pada awal pagi tadi telah mengeluarkan amaran cuaca buruk yang melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2 pagi tadi juga memaklumkan 4 buah negeri yang berada dalam situasi amaran cuaca waspada.

Bagi amaran cuaca buruk yang dijangka akan berlaku hujan lebat secara berterusan, negeri yang terlibat ialah Pahang meliputi kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin. Segamat dan Mersing pula antara dua kawasan yang dijangka terlibat di Johor.

Bagi amaran cuaca waspada pula, antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang(Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera), Johor (Kluang dan Kota Tinggi).

Orang ramai yang berada di kawasan dijangka terlibat dinasihati untuk lebih berhati-hati

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa