Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Kawal Makan Tapi Tetap Gemuk ? Ini 7 Cara Boleh Cuba Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan

Hari pertama di tahun 2021 sememangnya dibawa bersama azam dan pelbagai misi yang dirancang oleh kebanyakan orang. Antaranya ialah untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, kaedah yang dipraktikkan perlulah dilakukan dengan cara yang betul supaya usaha tidak menjadi sia-sia.

Salah satu daripadanya ialah memastikan metabolisme badan ditingkatkan. Oleh itu, kami kongsikan penjelasan daripada Hello Doktor untuk bacaan anda.

Membiarkan tubuh anda bekerja keras bukan satu-satunya cara untuk bantu membakar kalori dan mencairkan lemak. Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah kepada cara tingkatkan metabolisme badan. 

Metabolisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan semua tindak balas kimia yang terlibat dalam mengekalkan keadaan hidup sel-sel dan organisma. Metabolisme adalah berkait rapat dengan pemakanan dan persediaan nutrien.

Bioenergetik adalah istilah yang menggambarkan laluan biokimia atau metabolik yang mana sel akhirnya mendapat tenaga. Pembentukan tenaga adalah salah satu komponen penting dalam metabolisme.

7 Tip tingkatkan metabolisme badan 

#1. Makan sarapan yang berkhasiat 

Jika tidak mengambil sarapan pagi, badan anda masuk ke dalam mod kebuluran (paranoid), seterusnya ia boleh melambatkan pergerakan metabolisme anda untuk menjimatkan tenaga.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus daripada jumlah kalori mereka pada sarapan hanya mendapat 1.7 poun dalam tempoh purata empat tahun. Berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi memperolehi hampir tiga paun.

Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal yang sama, sukarelawan yang membabitkan diri itu, kerap mengelak dari mengambil sarapan hingga menyebabkannya 4 ke 5 kali berisiko mengalami obesiti.

Sedangkan snek pagi boleh melambatkan pencernaan dan membuatkan anda kenyang lebih lama.

#2. Terdedah dengan cahaya matahari 

Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi bukan sahaja membantu anda bangun, tetapi boleh juga membuatkan anda langsing. Ini merupakan salah satu cadangan dan kajian daripada Universiti Northwestern.

#3. Tambah protein

Melalui laporan penyelidikan dalam European Journal of Clinical Nutrition, jika wanita dewasa mengalami berat berlebihan maka mereka memerlukan kandungan protein sekurang-kurangnya 30 gram semasa bersarapan pagi. Ini akan membuatkan mereka mempunyai kawalan glycemic yang lebih baik sepanjang hari.

#4. Tingkatkan metabolisme badan – Minum air dengan kerap

Penyelidik University of Utah mendapati bahawa sukarelawan yang minum lapan hingga 12 gelas auns air setiap hari mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi daripada mereka yang minum hanya empat gelas sehari. 

Walaupun kalori tambahan yang dibakar dengan minum segelas air tidak banyak, namun ia boleh membantu tingkatkan metabolisme tubuh anda dengan selamat. 

#5. Berdiri sekejap semasa bekerja 

Orang dewasa yang melakukan kerja sambil berdiri boleh membantu membakar lebih banyak kalori. 

Sekiranya anda bekerja sambil duduk, mungkin sesekali boleh berdiri atau berjalan untuk seketika sambil menghirup nafas segar. Sekaligus dapat membantu mengurangkan kalori dalam badan.

#6. Ketawa

Cari rakan sekerja yang kelakar untuk keluar bersama atau buat panggilan telefon kepada rakan yang boleh buat anda ketawa.

Hal ini kerana, ketawa merupakan senaman ringan yang boleh membantu anda membakar sekurang-kurangnya 10 ke 20% kalori berbanding anda berwajah ketat setiap masa. 

Bahkan, penyelidikan turut mengatakan dengan ketawa ia membantu menjaga kesihatan jantung anda.

#7. Tidur awal

Apabila tidur kurang daripada jam yang sepatutnya, anda melepaskan jumlah leptin dan ghrelin – hormon yang membantu mengawal penggunaan tenaga dan selera makan. 

Penyelidik di Universiti Stanford mendapati bahawa orang yang mengalami kekurangan jam tidur akan mendapat peningkatan ketara dalam indeks jisim badan mereka. 

Jadi, pastikan anda mendapat rehat sekurangnya-kurangnya lapan jam sehari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa