Siakap Keli

PKPP Dilanjutkan Lagi Sehingga 31 Mac 2021 Di Seluruh Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan lagi sehingga 31 Mac 2021. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian PKPP hari ini.

PKPP yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2020 dilanjutkan lagi selepas kes Covid-19 di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Semalam (31 Disember 2020), negara mencatat rekod kes harian tertinggi pernah dicatatkan iaitu 2,525 kes dan negeri Selangor menjadi penyumbang tertinggi dalam jumlah itu dengan 1,205 kes.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)