Siakap Keli
Gambar via Makassar_iinfo

Tular Foto Budak Lelaki Mengajar Dipercayai Adiknya Baca Iqra Ditepi Jalan Sambil Jual Belon Bikin Ramai Tersentuh

Satu foto tular di media sosial memaparkan seorang budak lelaki yang dipercayai berjualan belon-belon animasi kartun sedang mengajar seorang budak yang lebih kecil untuk membaca Iqra.

Menurut Kumparan.com, dua kanak-kanak tersebut merupakan abang dan adik yang sedang meneliti buku Iqra di bawah gantungan belon animasi sehingga membuatkan ramai yang terharu melihat mereka. Adik lelaki yang memakai kemeja putih dan selipar itu kelihatan begitu bersemangat ketika diajar oleh abangnya. Dia nampaknya begitu teliti memerhatikan buku Iqra yang dipegang oleh budak lelaki yang memakai baju hitam tersebut.

Menurut Kumparan, lokasi sebenar kedua-dua kanak-kanak itu menjual belon tidak dapat dipastikan namun menurut warganet, kedua-dua lelaki itu biasanya menjual di hadapan Top Swalayan, Kabupaten Kolaka, Sulawesi Tenggara.

“Anak ini menjual belon dan topeng setiap hari dengan adiknya di hadapan Pasar Raya Terata di Kabupaten Kolaka, Sulawesi Tenggara,” memetik komen @sofyan_anuggrah.

Perkongsian tersebut menjadi tular dan sehingga kini telah mendapat tanda suka melebihi 48 ribu. Warganet turut memberikan pelbagai respon yang kebanyakannya tersentuh melihat adik-beradik ini.

“MasyaAllah, saya harap ia akan sentiasa dipermudahkan segala urusan dek, Barakallahuu fii kum, kata akaun @eeruul.

Sumber: Kumparan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa