Siakap Keli
Gambar via Ilya_afina(tiktok)

(Video) Gadis Pasrah, “Title” Anak Tunggal Selama 19 Tahun Hanya ‘Tinggal Kenangan’ Setelah Dapat Adik Baru

Bila sebut sahaja tentang anak tunggal, pasti ramai yang berfikir bahawa anak tunggal bersifat ‘manja’ atau ‘anak emas’ ibu dan ayah. Anak tunggal boleh dikategorikan sebagai ‘one and only’ anak yang terdapat dalam sebuah keluarga.

Berikutan itu, golongan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri bersama ibu bapa mereka di mana mereka mempunyai ruang untuk diri mereka sahaja. Segala perhatian dan kasih sayang hanya untuk diri mereka sahaja tanpa berebut atau berkongsi dengan orang lain.

Namun tidak bagi seorang gadis yang dikenali sebagai Ilya Afina yang telah berkongsi mengenai dirinya mempunyai adik perempuan setelah sekian lama dirinya bergelar ‘anak tunggal’ dalam keluarga.

Menurut video yang dimuat naik membuatkan para warganet terkejut apabila mengetahui jarak usia antara dua beradik tersebut. Bukan itu sahaja, terdapat segelintir warganet yang menyangkakan mereka berdua mempunyai hubungan ibu dan juga anak.

Pada awalnya mungkin berasa kekok tetapi gadis tersebut tetap bersyukur mempunyai adik untuk menjadi peneman di rumah bahkan dalam kehidupannya. Para warganet tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah selain berkongsikan pengalaman sama yang dialami mereka di ruangan komen.

@ilya_afina

Perasaan????

♬ original sound – aimn.iqml_ – aiman

Sumber: ilya_afina (tiktok)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia