Kedatangan warga asing ke negara Malaysia bukanlah satu fenomena yang baru , apatah lagi apabila kemasukan tersebut dilakukan secara haram oleh pihak-pihak yang tidak menitikberatkan kedaulatan sesebuah negara. Hukuman penjara akan dikenakan kepada mereka yang cuba melakukan kesalahan ini.
Menyedari perkara itu kian meruncing, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui facebook mereka berkongsikan dengan lebih lanjut dalam satu kiriman sebagai tindakan kerajaan untuk membanteras fenomena ini.
Malaysia Menolak Kemasukan Migran Secara Haram
AWAS!!! Kepada anda yang ingin lolos melewati jalan belakang ke Malaysia, anda bakal ditangkap dan dimasukkan ke penjara kami.
Kepada anda yang mempunyai maklumat berkaitan urusan kemasukan ke Malaysia secara haram hubungi National Task Force di talian HOTLINE +60 11-6251 1223.
Maklumat anda adalah RAHSIA.
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗚𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠AWAS!!! Kepada anda yang ingin lolos melewati jalan belakang ke…
Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Thursday, December 24, 2020
Sumber : Maritim Malaysia