Siakap Keli
Gambar : Naufal Antezem

Lelaki Kongsi Cara Betul Guna “Scented Candle”, Rahsia Untuk Wangian Tahan Lebih Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Scented Candle atau Lilin Beraromaterapi sememangnya sangat sesuai untuk anda gunakan sewaktu pulang dari bekerja sebagai alat ‘release tension’. Diletakkan di dalam bilik tidur dan ruang santai dapat memberikan ketenangan kepada anda.

Scented Candle juga dapat dijadikan sebagai hadiah untuk orang tersayang jika anda kebuntuan menjelang hari-hari penting.

Antara jenama popular yang menghasilkan scented candle adalah daripada Bath & Body Works, Ikea, Yankee dan banyak lagi pilhan mengikut citarasa bau yang anda inginkan.

Namun, sebelum itu, mari lihat tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter bernama @NaufalAntezem tentang cara yang betul untuk menggunakan scented candle.

Tips wajib tahu kalau nak guna scented candle :

1. Elak lilin berlekuk
Masalah lilin berlekuk biasanya akibat bakar lilin terlalu sekejap. Dinasihatkan bakar 2-3 jam atau sehingga semua lapisan lilin cair. Kemudian kalau nak padamkan, baru padamkan.

2. Padamkan lilin
Kebanyak scented candle didatangkan dalam bekas dengan penutup. Elak tiup sumbu lilin untuk padamkan api (nanti ruangan bau asap). Seeloknya tutup bekas lilin dgn penutup tadi. Lilin akan padam sendiri akibat lack of oxygen dannasap berkumpul dalam bekas sahaja.

3. Trim sumbu
Sebelum bakar lilin, potong sumbu dengan gunting, pisau atau trimmer sumbu. Sumbu jgn terlalu panjang. Nanti jelaga keluar banyak. Cukup biar setengah inci atau kurang.

4. Lebih jimat dgn candle warmer
Bagi yg nak jimat dan guna lilin dgn lebih lama (sebab scented candle mahal), selain bakar, boleh gunakan candle warmer. Candle warmer ni akan panaskan lilin, linin cair dan bau akan keluar. Cara ni lebih jimat dari bakar.

5. Bakar di ruang terbuka
Jangan bakar lilin terlalu hampir dengan dinding atau siling atau apa-apa permukan yg terlalu hampir sekeliling lilin. Lilin keluarkan jelaga hitam. Nanti permukaan kotor bertampuk hitam akibat jelaga tadi.

6. Bilangan sumbu
Perasan tak ada lilin yg single wick (sumbu), double, triple and so on. Fungsi sumbu tu bukanlah bermaksud lagi banyak sumbu, lagi kuat bau. Tapi lagi banyak sumbu, lagi cepat lilin cair dan tak perlu nyala lama-lama untuk biarkan permukaan lilin cair rata.

7. Padankan saiz ruang
Setiap lilin ada serakan bau (throw) yg berbeza. Ada yg cover sekian sekian kaki persegi. Baca atau tanya penjual berapa kaki persegi throw lilin tu supaya tak kecewa beli lilin mahal untuk ruang tamu tapi throw cover saiz bilik stor je.

8. Pilih bau yang sesuai
The best way untuk pilih bau lilin adalah dengan try sendiri. Salah pilih lilin akan buatkan kita rasa tak selesa dan end up lilin tak dipakai. Jgn hidu direct atau terlalu dekat. Jarakkan sedikit hidung dgn surface lilin untuk uji throw lilin.

9. Mahal tak semestinya bagus
Lilin Ikea yg kecik-kecik tu pun sebenarnya not bad walaupun murah. Value for money dan popular is Bath & Body Works. Kalau anda golongan T20, angkutlah Yankee Candle. Tapi yg sebetulnya, pilih yg ngam dgn citarasa dan bajet okay.

10. Jangan bakar tanpa pengawasan
Bakar lilin hanya pd tempat selamat dan ada manusia yg berjaga sekitar. Elak bakar ketika tidur atau tinggalkan rumah/bilik. Lilin memang berbau. Tapi malang tidak. Beringat sebelum kena.

Naufal Antezem juga ada menyenaraikan beberapa wangian yang menjadi piihannya di dalam kiriman tersebut.

Ni antara lilin, electric diffuser, stick diffuser, electric mist yg aku ada. Kalau nak beli Yankee, aku recommend Blush Bouquet (throw dia jauh) dgn Calm & Quite Place (bedroom). Kalau Bath Body Works, ambik Mahogany Teakwood, Thousand Wishes

Gambar via Naufal Antezem

Bath Body Works maybe tengah ada sale kot sekarang. Tapi kalau belum ada Wallflower plug tu, trylah beli satu. Kalau turn on 24/7, sebulan boleh tahan. Ada macam-macam bau. This one lebih sesuai bagi yg expect space bau wangi 24/7.

Gambar via Naufal Antezem

Kalau lilin, aku rasa Bath Body Works lebih berbaloi. Satu bekas besar range dalam RM 50-60. Kalau kau nak grand lagi, kau beli Yankee Candle. Satu jar besar macam ni RM 129. Boleh cari stor dia kat 1 utama dgn Sunway Pyramid. Candle warmer ada kat situ. Jgn judge bekas aku kotor.

Gambar via Naufal Antezem

Sumber : Naufal Antezem 

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.