Siakap Keli
amaran cuaca buruk
Kredit: Google

MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Bahaya, Hujan Lebat Dijangka Berterusan Di Beberapa Negeri

Putrajaya, 2 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya di lima negeri di Malaysia sehingga esok.

Negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Amaran tahap merah telah dikeluarkan di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di mana hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga hari ini.

Sementara itu, amaran jingga pula dikeluarkan di Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian). Hujan lebat dijangka berterusan di daerah berkenaan sehingga esok (3 Januari 2020).

Amaran waspada turut dikeluarkan meliputi seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) serta Tangkak dan Muar di Johor. Hujan lebat dijangka berlaku sehingga 4 Januari ini di kawasan-kawasan tersebut.

Hujan lebat juga dijangka bakal menimpa kawasan-kawasan di Pantai Barat Sabah, Sandakan dan Kudat sehingga hari ini.

Sumber: MetMalaysia

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.