Siakap Keli
Foto: Instagram CR

Cristiano Ronaldo Jadi Individu Pertama Di Dunia Capai 250 Juta Pengikut Di Instagram

Siapa yang tidak kenal dengan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram.

Terkini, pemain bola sepak terkenal dunia ini telah megumpul lebih 250 juta pengikut di media sosial tersebut.

Jumlah tersebut mengatasi beberapa bintang terkenal dunia termasuk Lionel Messi (174 juta) manakala Neymar dengan jumlah 144 juta pengikut.

Menurut Forbes, Ronaldo akan mendapat ‘duit poket’ dari Instagram hampir 1 juta USD setiap kali beliau memuatnaik posting. 

Pemain yang berusia 35 tahun ini berkata dalam BBC, usia tidak penting baginya dan beliau berharap dapat bermain bertahun-tahun.

 

Sumber: India.com