Siakap Keli
Gambar Via LIPIS

(Video) Kehadiran ‘Dumper Truck’ Di Kawasan Banjir Tarik Perhatian Warganet, Titip Doa Agar Dipermudahkan Aktiviti Membantu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rakyat di negeri Pahang kini masih lagi bergelut dengan situasi banjir yang membimbangkan.

Dengan cuaca yang dijangka akan terus berada dalam keadaan bahaya sehingga esok (5 Januari), ia pastinya menggusarkan orang ramai.

Pastinya, segala bantuan perlu disalurkan kepada mereka terutama bagi yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Menurut page Berita LIPIS di Facebook, beberapa jentera berat (Dumper Truck) dari Lombong Emas Penjom (Empang Jaleh) juga dilihat turut datang membantu mangsa banjir dipercayai di Lipis.

Kedatangan jentera itu menarik perhatian ramai kerana saiznya yang besar dan tinggi yang mungkin boleh meredah arus air banjir.

Ramai warganet yang kagum melihat jentera tersebut dan memuji individu-individu di sebalik jentera itu yang datang untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Sumber: LIPIS

Sofea

There's always another side to every story