Walaupun sesetengah orang menganggap mengemas rumah sebagai satu kerja yang berat, namun ia tetap perlu dilakukan untuk rumah kelihatan sentiasa berkemas.
Tambah-tambah lagi apabila melibatkan kipas siling, sudah pasti ramai yang akan ‘surrender’ terutamanya bagi kaum perempuan. Namun, pernah korang terfikir, macam mana habuk yang tebal berada di bilah kipas tersebut sedangkan ianya sentiasa berpusing?
Mesti yang tengah terfikir kan, mana taknya ia seakan mustahil untuk kipas siling mengumpul habuk setebal itu padahal ianya sentiasa digunakan. Jadi, ini penjelasan mengikut teori sains tentang kejadian ini.
Dari mana datangnya debu?
- Daripada manusia
Sebenarnya debu atau habuk di rumah terhasil daripada sel rambut dah kulit mati dari manusia. Fakta menarik tentang tubuh manusia adalah ia sentiasa menjana semula sel-sel kulit apabila ia ‘melepaskan’ beribu-ribu sel mati setiap hari.
Hal ini menyebabkan kita sering terlihat zarah debu mikroskopik yang terapung di udara dan berputar-putar sekeliling ruang manusia.
- Daripada haiwan peliharaan
Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, ini juga akan memberi masalah kepada ruang di rumah anda. Walaubagaimana pun, peratusan tinggi habuk itu datang daripada manusia.
Caj elektrik, debu dan kipas

Kebanyakan zarah-zarah habuk yang terapung di ruangan rumah anda mempunyai beberapa jenis cas elektrik yang membolehkan mereka ‘menarik’ antara satu sama lain. Apabila kipas berpusing, secara tidak langsung ia akan menolak angin dan menarik molekul habuk ini mendekatinya.
Hal ini kerana, di hujung bila kipas tersebut terhasilnya satu caj yang dikenali sebagai elektrik statik sebab itulah habuk akan mudah melekat kepada bilah kipas ini.
Secara jelasnya, disebabkan perkara-perkara inilah yang menyebabkan bilah kipas tetap berhabuk tebal walaupun sentiasa berpusing kerana molekul habuk dan zarah habuk mempunyai daya tarikah yang kuat antara satu sama lain.
Sumber: Scieneabc
** Tengah pening nak cari ‘port’ cendol best? KLIK SINI