Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Georgetown dan Shah Alam akan ditutup sementara bermula 4 Januari 2021 berikutan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
Perkara ini dimaklumkan dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi KWSP menjelaskan penutupan itu berkuat kuasa pada hari ini sehingga tarikh yang telah ditetapkan.
KWSP Georgetown akan dibuka semula pada hari 6 Januari 2021 (Rabu) sementara KWSP Shah Alam akan dibuka semula pada 5 Januari 2021 (Selasa).
Ahli-ahli yang telah membuat janji temu pada hari ini dan dalam tempoh terdekat dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online. Ahli juga boleh ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan lain yang masih beroperasi seperti biasa atau lakukan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara online melalui i-Akaun.
Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama.
Sumber: KWSP