Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Program SAVE 2.0: Ini Cara Daftar Dan Tebus e-Rebat RM200 Untuk Beli Peralatan Elektrik Di Shopee

Pelbagai manfaat diperolehi oleh rakyat menerusi pengumuman Belanjawan 2021 pada November lalu. Antaranya ialah program SAVE 2.o, di mana melibatkan peruntukan berjumlah RM30 juta kepada 140,000 isi rumah.

Menerusi program ini, pemberian e-rebat RM200 akan diberikan oleh kerajaan kepada isi rumah bagi membeli peralatan eletrik seperti penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Cara daftar dan tebus e-baucar RM200

Oleh itu, anda yang ingin menebus e-rebat ini boleh berbuat demikian melalui aplikasi Shopee dengan mengikut beberapa langkah mudah di bawah.

Terlebih dahulu, mereka yang tidak mempunyai aplikasi ini, boleh memuat turun di  Google Play atau App Store.

Pertama, buka aplikasi Shopee dan pilih Daftar Sekarang & Tebus Baucar RM200 seperti tertera di bawah.

Kedua, tekan Daftar Sekarang untuk membuat pendaftaran.

Ketiga, imbas kod QR di bawah.

Keempat, isi maklumat yang diperlukan seperti nombor bil elektrik, nombor kad pengenalan, nama penuh dan lain-lain. Jika bukan pemegang akaun bil elektrik berkenaan, nyatakan status anda dengan pemegang akaun sebenar seperti anak dan sebagainya.

Setelah lengkap, sahkan permohonan anda dan tekan “Submit” atau “Hantar”.

Selesai. Status permohonan yang telah berjaya dihantar akan diberitahu dalam tempoh 14 hari bekerja. Jika diluluskan, baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam akaun Shopee Wallet anda. Mudah kan!


Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari pautan ini.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.