Siakap Keli

(Video) Bantu Buka Baldi Getah Tersangkut Di Kepala, Lembu ‘Tak Kenang Budi’ Kejar Pula Si Penyelamat Bikin Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang perlu sentiasa berbuat baik kepada setiap makhluk termasuk haiwan yang sememangnya perlu dikasihi dan tidak dianiayai.

Namun, siapa sangka bahawa kebaikan dan pertolongan yang diberikan terkadang boleh ‘memakan diri’.

Seperti video tular ini yang menyaksikan seorang lelaki yang membantu seekor lembu namun ada perkara yang tidak dijangka telah berlaku pada dirinya sehingga membuatkan warganet terhibur.

Dah buka, lembu tu kejar dia

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Hermy Rahim di laman Twitter, lelaki tersebut dilihat dengan beraninya membantu seekor lembu yang tersangkut baldi getah.

Pun begitu, selepas baldi itu berjaya dicabut, haiwan itu menjadi agresif dan kelihatan mengejar lelaki tersebut.

Tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh lelaki itu.

Lebih menghiburkan, rakan-rakannya yang lain hanya mampu tertawa melihat kejadian itu sebelum ‘menyelamatkan’ lelaki itu dan melarikan diri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang nyata terhibur melihat video itu.

Sumber: Hermy Rahim

Sofea

There's always another side to every story