Siakap Keli

(Video) Rakaman Dipercayai Kapal Pam Sedut Pasir Hanyut Dibawa Arus, Cemaskan Orang Ramai

Situasi banjir di negeri Pahang masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya.

Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya di beberapa kawasan di negeri tersebut sehingga esok (5 Januari 2021).

Disebabkan itu, orang ramai  di kawasan yang terlibat dengan banjir dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati kerana keadaan paras air yang tinggi dan deras boleh memberikan pelbagai risiko yang berbahaya.

Menerusi satu video yang telah tular di Facebook, sebuah kapal pam sedut pasir dipercayai telah hanyut setelah talinya telah terputus.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Jerantut itu memperlihatkan orang ramai di dalam video tersebut seperti cemas semasa melihat kapal tersebut hanyut.

Tidak dapat dipastikan sampai ke mana kapal pam sedut pasir itu dihanyutkan.

Sumber: Abu Dhiya, Shukri Abkarim

Sofea

There's always another side to every story