Siakap Keli

(Video)”Nasib Tak Tempang Kaki,” Oyen Buat Muka Tak Bersalah, Kena Beleter Sebab ‘Serang’ Hamster Sampai Tersepit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga kucing, banyak yang perlu ‘dihadapi’ oleh pemilik haiwan comel tersebut terutama apabila melibatkan oyen.

Manakan tidak, oyen sememangnya banyak karenah dan terlebih nakal sehingga membuatkan orang sekeliling ‘geram’.

Sama dengan oyen milik Siti Salmi ini yang buat hal dengan seekor hamster.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di Facebook, Siti Salmi berkongsi ‘situasi’ selepas oyen atau dipanggil Mauza itu mengganggu sangkar hamster sehingga menyebabkan haiwan kecil itu tersepit.

Gambar Via Siti Salmi

Video itu juga menyaksikan makanan hamster yang berterabur di atas lantai.

Siti Salmi berkata bahawa Mauza sememangnya suka mengganggu hamster tersebut namun kali ini nampaknya berlaku ‘insiden’ yang ‘besar’.

Gambar Via Siti Salmi

Tapi jangan risau, hamster tersebut baik-baik sahaja, kakinya yang tersepit juga tiada kecederaan yang serius.

Sumber: Siti Salmi

Sofea

There's always another side to every story