Siakap Keli

5 Tips Membasmi Lipas Dengan Mudah Dan Berkesan

Keberadaan lipas di rumah sangatlah mengganggu. Serangga kecil berkaki enam ini sering bersembunyi di tempat-tempat yang gelap, hangat, barang-barang yang jarang dipakai dan sudut-sudut lainnya, serta sangat sukar untuk ditangkap. Jika anda punya masalah dengan lipas yang berkeliaran di rumah, enam cara mudah dan berkesan berikut dapat membantu membasminya:

1. Penjagaan rumah agar tetap bersih

Lipas suka dengan kotoran dan makanan. Jadi, pastikan rumah anda sentiasa bersih untuk mencegah lipas bersembunyi di sudut-sudut rumah dan barang-barang anda. Sebab, lipas sangat mudah menemukan tempat berkembang biak di tempat-tempat yang kotor. Pastikan anda menerapkan gaya hidup bersih, seperti terus membersihkan makanan di dapur setelah makan, hingga lipas tidak akan hinggap di piring kotor atau makanan yang tersisa. Pastikan juga anda membuang sampah secara rutin sehingga tidak mengundang kehadiran lipas.

2. Jangan sediakan tempat bersembunyi

Lipas juga menyukai kertas dan kotak-kotak karton. Jadi singkirkanlah kotak-kotak kosong tak terpakai yang terkumpul di sekitar rumah atau gudang. Ingatlah bahawa lipas tidak boleh hidup tanpa tempat untuk bersembunyi kerana mereka juga menyukai tempat-tempat gelap. Selain itu, pastikan pula untuk menutup retakan atau celah-celahan yang terdapat di rumah anda. Dengan itu, lipas akan dipaksa untuk keluar dari persembunyian mereka, di mana mereka tidak akan bertahan lama tanpa tempat aman mereka dan di tempat terbuka.

3. Gunakan selotip

Menggunakan selotip untuk pengendalian hama bukanlah idea baru, tetapi sangat efektif untuk mengatasi lipas. Jangan lupa, belilah selotip berkuali baik dan tempatkan perangkap pelakat tersebut di sekitar rumah. Pastikan selotip diatur dengan sisi melekat menghadap ke atas dan letakkan di celah-celahan, bukaan, papan lantai dan di tempat-tempat yang sekiranya akan disinggah lipas ketika masuk ke dalam rumah. Waktu terbaik untuk memasang perangkap ini adalah sebelum anda pergi tidur kerana lipas cenderung lebih aktif di malam hari.

4. Perangkap botol soda

Membuat perangkap botol soda untuk lipas sangatlah mudah dan efektif. Perangkap ini membuat lipas sukar untuk melepaskan diri jika sudah terjatuh ke dalamnya. Anda hanya perlu menyediakan botol soda kosong dan potong bahagian atasnya. Kemudian, isi bahagian bawah botol dengan sesuatu yang menarik lipas dan manis, misalnya gula atau campuran kopi dan gula. terbalikkan bahagian atas botol yang dipotong tadi, sehingga mulut botol mengarah ke dalam untuk membentuk corong. Letakkan botol tersebut di sekitar rumah dan periksa beberapa jam kemudian untuk melihat berapa banyak lipas yang terperangkap di dalamnya.

5. Semburan air dan sabun

Racun serangga memang efektif membasmi lipas, tetapi membuat semburan sendiri adalah cara yang murah dan sama efektifnya untuk membunuh lipas tanpa bahan kimia yang keras. Salah satu semburan yang boleh anda buat sendiri di rumah adalah campuran air dan sabun. Cukup tambahkan beberapa titik sabun ke dalam botol semburan air hangat, lalu goncang dengan perlahan. Setelah dispray, lipas akan tetap hidup tetapi akan mati setelah lebih kurang satu minit. Saat menyembur lipas, pastikan anda mengarahkannya ke kepala dan perut, khususnya jika anda dapat membuat tubuhnya terbalik.

6. Gunakan spray rambut

Hairspray atau spray rambut memang bukan buatan sendiri, namun dapat menjadi alternatif membasmi lipas jika anda memilikinya di rumah. Semburan hairspray akan membuat sayap dan kaki-kaki kecoak menempel sehingga akan membuat mereka mati perlahan-lahan. Jika tidak suka dengan cara tersebut, anda juga boleh terus membunuhnya agar tidak menyiksanya.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.