Siakap Keli

Dr.Amalina Dah Terima Vaksin Pfizer Di UK, Jelaskan Mustahil Apa-Apa Cip Boleh Dimasukkan Dalam Vaksin

Dr. Amalina Bakri dalam satu soal jawab melalui Instagram Story beliau dan ada pengikutnya yang bertanya bagaimana ingin meyakinkan orang bahawa vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia.

Dr. Amalina menjawab persoalan beserta gambar beliau sedang disuntik dengan vaksin Covid-19 di United Kingdom. Menurut Dr. Amalina, tiada mikrocip di dalam vaksin.

“Tengok la betapa keciknya jarum itu dan sangat mustahil untuk memasukkan cip dalamvaksin tersebut. Tambahan lagi, kalau betul ingin mengesan kedudukan manusia, hanya boleh dikesan melalui telefon pintar serta media sosial anda,” katanya.

Sumber: Dr.Amalina

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)