Siakap Keli
Gambar : Google

Elakkan Memberus Terlalu Kuat, Ketahui 6 Kesalahan Semasa Gosok Gigi

Amalan memberus gigi sememangnya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja memberi kebersihan terhadap mulut dan gigi malah memberi keyakinan dengan nafas yang segar sekaligus menyihatkan gigi. Memberus gigi dengan cara yang betul dapat mengelakkan dari pelbagai masalah seperti gusi berdarah, gigi berlubang, pembentukan plak, warna pada gigi dan sebagainya.

Ramai yang ambil mudah tentang cara berus gigi yang betul. Bagi sesetengah individu berus gigi sahaja mungkin sudah memadai kebersihan gigi dan mulut. Namun, sebenarnya ia tidak cukup kerana gigi memerlukan penjagaan berus dengan cara yang betul supaya memberi kesan yang baik.

Berikut merupakan beberapa kesahalan semasa memberus gigi:

Kesalahan 1 : Guna berus gigi yang salah

Banyak kedai dan pasaraya yang menjual berus gigi mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Anda perlu ambil tahu kesesuaian berus gigi yang dijual sama ada ia sesuai dengan gigi dan mulut anda atau sebaliknya. Mungkin ada yang selesa memakai berus gigi jenis soft, medium dan hard. Bergantung pada mana-mana yang anda selesa supaya gigi kelihatan bersih dan sihat.

Bagi orang dewasa, disarankan supaya anda memilih berus gigi seperti medium atau hard. Hal ini kerana berus gigi jenis ini membantu untuk menyingkirkan plak dan dapat membersihkan dari kuman disebabkan permukaan berus gigi yang agak kasar berbanding dengan jenis yang lembut. Oleh itu, sebelum anda memilih berus gigi, pastikan anda membandingkan jenis kekerasan yang terdapat pada berus gigi supaya ia sesuai untuk memastikan gigi anda bersih dan bebas dari segala plak dan kekotoran.

Kesalahan 2: Guna berus gigi lama

Memberus gigi dengan berus gigi yang sudah lama tidak menanggalkan plak sepenuhnya. Hal ini kerana berus gigi yang lama mempunyai permukaan bulu yang sedikit bengkok membuatkan gigi dan gusi anda mudah berdarah. Walaupun anda masih sayang dengan berus gigi yang sedia ada, pastikan ia diganti dalam 3 atau 4 bulan sekali supaya gigi anda kekal bersih tanpa ada sebarang masalah yang berlaku.

Kesalahan 3: Berus gigi terlalu cepat

Perkara ini sering berlaku kepada mereka yang tergesa-gesa ke tempat kerja, ke sekolah, ke univerisiti dan sebagainya. Mereka mengejar masa sehingga mengabaikan cara berus gigi yang betul iaitu dengan berus gigi terlalu laju dan cepat. Anda perlu tahu, memberus gigi dengan cepat lebih cenderung membuatkan gusi atau gigi berdarah sekaligus gigi tidak bersih sepenuhnya.

Pakar kesihatan gigi menyarankan supaya anda mengambil masa selama 2-3 minit untuk berus gigi, buang segala kekotoran dari sisa makanan di celah gigi. Bagi kebersihan yang gigi yang menyuluruh, anda juga disarankan supaya berus gigi 2 kali sehari.

Kesalahan 4: Berus gigi dengan cara kebelakang

Masih tak anda ingat sewaktu di tadika dahulu, ada jururawat yang mengajar dan tunjuk cara berus gigi yang betul? Ya, jururawat memberi tunjuk ajar dengan cara berus gigi secara bulatan dan bukan dengan cara kebelakang. Berus gigi dengan cara kebelakang bukan sahaja boleh merosakkan gusi malah kebersihan antara gigi dengan gigi yang lain tidak bersih. Berus dengan cara ini akan meninggalkan plak dan bakteria yang boleh menyebabkan masalah gigi serta mulut jika kerap berus gigi dengan cara ini.

Kesalahan 5 : Tidak berus gusi

Umumnya mengetahui tujuan berus gigi adalah supaya membuang sisa kotoran dari makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Tetapi anda harus tahu, bahagian gusi iaitu antara gigi dan gusi ke arah akar gigi boleh menyimpan plak dan bakteria yang banyak. Ia cenderung untuk berdarah dan berlaku sakit pada gusi. Oleh sebab itu, anda juga perlu membersihkan pada garis gusi. Caranya, anda perlu pastikan berus gigi dibengkokkan sedikit pada 45 darjah dan biarkan bulu pada berus gigi dibersihkan pada gusi dengan cara gerakan bulat yang lembut.

Memberus pada gusi sememangnya mempunyai ruang yang agak kecil. Jadi anda perlu berhati-hati semasa memberus dan jangan berus dengan kasar. Disarankan anda menggunakan berus gigi jenis lembut semasa berus gusi untuk mengelakkan gusi daripada sakit.

Kesalahan 6 : Berus gigi selepas makan

Ramai orang kerap berus gigi selepas makan untuk membuang sisa makanan di celah gigi. Kebanyakan makanan yang dimakan adalah bersifat asid dan ia menjadikan kawasan mulut juga berasid. Justeru, berus gigi menggunakan ubat gigi perlahan-lahan menghakis enamel pada gigi anda sekaligus akan melemahkan enamel gigi dan membawa kepada kerosakan pada gigi.

Sebaiknya selepas anda makan, pastikan tunggu dahulu selama 15 hingga 20 minit, kemudian berus gigi dengan cara yang betul supaya gigi kekal bersih dan sihat.

Sumber : News18

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.