Siakap Keli
Gambar via Metro UK

Lelaki Ini Tertukarnya Namanya Kepada Nama Celine Dion Dipercayai Ketika Mabuk

LONDON – Seorang lelaki, Thomas Dodd nekad menukar namanya kepada nama penyanyi pujaannya iaitu Celine Dion. Difahamkan, dirinya telah menukar namanya kepada bintang terkenal tersebut ketika dirinya asyik menonton Celine Dion membuat persembahan di Las Vegas menerusi YouTube sepanjang Krismas yang lalu.

Menurut laporan dari Metro UK, lelaki tersebut mengakui dirinya mabuk dan tidak ingat apa yang berlaku setelah menonton persembahan penyanyi berkenaan.

“Saya peminat fanatik Celine Dion dan telah merancang untuk pergi dan menemuinya di Vegas tetapi tidak dapat kerana COVID-19. Oleh itu, saya menonton persembahannya di YouTube sebagai cara yang terbaik.

“Tetapi saya tidak tahu mengapa terlintas di fikiran saya menukar nama kepada namanya. Saya tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku malam itu dan saya cuma ingat saya menonton persembahannya sahaja,” katanya.

Namun begitu, Thomas Dodd terperanjat setelah mendakwa menerima sampul surat rasmi berwarna putih yang mengandungi sijil pendaftaran nama pada hari Rabu yang lalu.

Gambar via Metro UK

“Sebaik sahaja saya membaca surat tersebut, saya terkedu dan terduduk di dapur. Saya seakan tidak percaya dengan apa yang saya telah lakukan.

“Pada awalnya ibu saya tidak setuju tetapi ibu saya menganggap kejadian tersebut sebagai suatu perkara yang melucukan begitu juga dengan kakak saya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, dirinya mendakwa berasa risau sekiranya pihak polis bertanya namanya dan menganggap ianya sebagai suatu gurauan.

Sumber: Metro UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.