IRELAND – Pasangan kekasih, Luke dan Sarah Flanagan mengambil keputusan untuk berpindah ke pulau terpencil di Pulau Owey pada bulan Mac tahun lalu sebelum penguatkuasaan perintah berkurung di negara berkenaan.
Pasangan tersebut berpindah ke pulau terpencil seluas 300 hektar yang dilaporkan tiada elektrik, gas, bekalan air yang dirawat dan juga hidup tanpa jiran. Walau begitu, pasangan tersebut mengatakan bahawa mereka ingin menjalani kehidupan yang biasa dan meluangkan masa bersama sambil mengelakkan diri daripada wabak pandemik.
“Ini sangat pelik apabila mendengar mengenai pandemik yang berlaku tatkala kami terpisah jauh di pulau ini.
“Seperti yang anda bayangkan, kami tidak perlu bimbang mengenai jarak sosial.
“Pengalaman ini sangat luar biasa dan kami sangat suka kehidupan ini. Kami menghabiskan hari kami dengan berjalan-jalan bersama anjing peliharaan kami dan belajar kemahiran baru,” kata pasangan itu.
Menurut laporan, terdapat beberapa rumah di pulau tersebut tetapi kali terakhir dihuni oleh seseorang adalah pada tahun 1974.
Sumber: Daily Star