Siakap Keli
Gambar via @madihahhsm (twitter)

(Video) “Betul-betul Depan Kami…”, Mujur Sempat “Brake“, Detik Cemas Tiba-tiba Tanah Runtuh Depan Kereta Di Bukit Fraser

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita baru sahaja menyambut tahun baru dengan membawa harapan yang Malaysia bakal kembali normal seperti sedia kala setelah mengharungi cabaran COVID-19. Namun, kini digemparkan pula dengan musibah banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia.

Menurut pemilik video @madihahhsm telah berkongsikan di mana dirinya sekeluarga mengalami detik cemas apabila tanah runtuh berlaku di depan mata. Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku pada hari Ahad yang lalu di laluan Fraser Hills menuju ke laluan gap.

“Ini adalah kejadian tanah runtuh yang kedua berlaku. Tanah runtuh yang pertama berlaku ketika kami dalam perjalanan untuk turun. Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik untuk naik dan belum sempat sampai kea atas, berlaku tanah runtuh kedua seperti di video berkenaan.

“Alhamdulillah, kenderaan saya dan beberapa kenderaan yang lain turut selamat ketika kejadian tanah runtuh kedua itu berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, mereka dilaporkan telah selamat dibawa keluar dengan bantuan pihak atasan.

Sumber: @madihahhsm (twitter)

 

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia