Siakap Keli

(Video) YDP Agong & Permaisuri Cemar Duli, Pandu Sendiri Pacuan Empat Roda Redah Kawasan Banjir

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah zahir rasa simpati kepada mangsa bencana banjir di beberapa negeri termasuklah di Pahang.

Menerusi satu video yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Istana Negara menunjukkan YDP Agong  hari ini berkenan, mencemar duli memandu kereta dikawasan-kawasan banjir.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.

Turut berangkat YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

 

Sumber: Istana Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang