ITALI – Seorang jururawat lelaki di sebuah hospital bernama Giuseppe Pungente mengambil peluang dengan melamar teman wanitanya dengan cara yang ‘luar biasa’ memandangkan keadaan wabak COVID-19 yang melanda di negara berkenaan.
Gelagat jururawat itu menjadi tular di media sosial ketika dirinya menggunakan sut PPE untuk melamar kekasihnya. Detik yang dianggap ‘sweet’ itu telah dikongsikan di laman Facebook miliknya bahkan dikongsikan oleh pelbagai akaun yang lain.
Gambar yang memaparkan belakang badannya yang terdapat mesej yang ditulis dalam bahasa Itali untuk kekasihnya, Carmen. Tulisan tersebut membawa maksud, “Carmen, sudikah awak mengahwini saya? Dan ‘ya’ serta ‘tidak’ di bawah ayat tersebut.
Tambahan itu, Pungente telah menulis sebuah pesanan mengenai gambar tersebut yang mengatakan: “Saya telah menyedari bahawa kehidupan sebenar terhasil dari perkara-perkara kecil dan sederhana seperti bersama rakan, keluarga dan yang akan datang bersama anda, Carmen Pinto”.
Oleh itu, teman wanitanya dilaporkan telah membalas gambar berkenaan di ruang komen dengan tulisan ‘Ya’.
“Carmelì, mi vuoi sposare?” Sono queste le parole, la richiesta, che Giuseppe Pungente, infermiere di Brindisi presso…
Posted by 6000 sardine on Saturday, January 2, 2021
Sumber: Times Now News