Siakap Keli

5 Khasiat Tempe Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Tempe adalah makanan yang agak popular di malaysia yang berasal dari Indonesia. Makanan tinggi protein ini sangat mudah disediakan menjadi beragam hidangan lazat untuk membantu memenuhi keperluan nutrien harian kita. Tempe merupakan makanan yang di buat dari kacang soya yang menggunkan proses penapaian untuk membuatnya. Menurut Healthline, selain kacang soya, tempe juga boleh dibuat dari variasi kekacang yang lain seperti gandum atau campuran soya dan gandum. Tempe mampu menjadi alternatif sumber protein, terutama bagi orang-orang yang tidak makan daging.

Makanan ini tinggi dengan protein, vitamin dan mineral serta rendah sodium dan karbohidrat sehingga menjadi sumber makanan yang menyihatkan. Sebagai gambaran, 84 gram tempe mengandungi sekitar 162 kalori, 15 gram protein, 9 gram karbohidrat dan 9 gram total lemak. Tempe juga diyakini merupakan sumber kalsium yang baik. Sebanyak 166 gram tempe dapat mengandungi sekitar dua pertiga kalsium yang dapat dari segelas susu.

Sementara itu, menurut BBC Good Food, tempe juga merupakan sumber serat yang baik dengan sekitar 9 gram kandungan serat untuk setiap 100 gram tempe. Jumlah ini hampir 1/3 saranan pengambilan serat harian menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), iaitu 25 gram. Lima hal berikut menjelaskan lebih lanjut mengapa tempe diyakini sebagai sumber makanan yang menyihatkan:

1. Mengandungi prebiotik

Tempe kaya akan prebiotik, yang merupakan jenis serat yang “memberi makan” bakteria yang memberi manfaat dalam tubuh. Tempe juga terbukti memiliki kesan anti-peradangan dan dapat meningkatkan kognitif serta menyokong kesihatan pencernaan.

2. Tinggi protein

Sebanyak 166 gram tempe mengandungi sekitar 31 gram protein. Beberapa penelitian mengungkapkan bahawa pola permakanan yang tinggi protein boleh merangsang termogenesis, yang mencetus peningkatan metabolisme tubuh dan membantu membakar lebih banyak kalori, setiap kali setelah makan. Mengambil banyak protein juga dapat membantu kita mengendalikan nafsu makan dan meningkatkan rasa kenyang, sehingga mengurangkan kemungkinan pengambilan makanan ringan dan kelaparan. Ini tentunya sangat bermanfaat untuk mempertahankan berat badan ideal dan sihat.

3. Membantu menurunkan kadar kolesterol

Tempe terbuat dari kacang soya yang mengandungi sebatian semula jadi dari tumbuh-tumbuhan, isoflavon. Isoflavon pada kacang soya kerap dikaitkan dengan penurunan kadar kolesterol dalam badan. Sebuah ulasan yang mengamati 11 penelitian menemukan bahawa isoflavon kacand soya mampu secara signifikan menurunkan kolestrol total dan kolesterol jahat (LDL). Meskipun sebahagian besar penelitian mengfokuskan pada kesan isoflavon kacang soya dan protein kacang soya terhadap kolesterol darah, ada satu penelitian yang secara khusus mengfokuskan pada tempe.

Sebuah penelitian terhadap haiwan pada 2013 meneliti kesan tempe terhadap tikus dengan kerosakan hati. Para peneliti menemukan bahawa tempe memiliki kesan perlindungan pada hati dan mampu membalikkan kerosakan sel hati. Selain itu, tempe juga menyebabkan penurunan kadar kolesterol dan trigliserida.

4. Menurunkan stress pengoksidaan

Beberapa penelitian juga menunjukkan bahawa isoflavon soya memiliki sifat antioksidan dan dapat mengurangkan stress pengoksidaan. Antioksidan bekerja dengan menutralkan radikal bebas, atom yang sangat tidak stabil dan menyumbang terhadap perkembangan penyakit kronik. Pengumpulan radikal bebas dapat dikaitkan dengan beberapa penyakit, termasuk diabetes, penyakit jantung dan barah.

Beberapa penelitian menemukan bahawa isoflavon dapat mengurangkan penanda stresa pengoksodaan dengan meningkatkan aktiviti antoksidan dalam tubuh. Penelitian lainnya menemukan bahawa menyertakan isoflavon soya dalam menu makanan harian kita dapat memberi kesan yang menguntungkan terhadap beberapa penyakit yang berkaitan dengan stress pengoksidaan.

5. Meningkatkan kesihatan tulang

Tempe juga merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang bertanggung jawab untuk menjaga tulang tetap padat dan kuat. Pengambilan kalsium yang cukup dapat mencegah perkembangan osteoporosis atau keadaan yang berkaitan dengan kerugian tulang. Meskipun produk susu adalah sumber kalsium yang paling umum, namun penelitian menunjukkan bahawa kalsium dalam tempe juga dapat diserap dengan baik oleh tubuh, seperti halnya kalsium dalam susu. Jadi, tempe mampu menjadi alternatif yang sangat baik untuk meningkatkan penyerapan kalsium.

Sumber- Healthline

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.