Siakap Keli

Bahaya Biarkan Kanak-Kanak Mengambil Minuman Berkafein, Berikut Sebab-Sebabnya

Minum kopi memang dapat membantu meningkatkan tahap kepekaan dan menghalau rasa ngantuk oleh kerana kandungan kafein di dalamnya. Kafein memang stimulasi semula jadi yang membuat kita merasa lebih bertenaga. Kafein dalam kopi juga membantu meningkatkan memori, perasaan dan fungsi mental. Itu sebabnya, banyak orang dewasa menjadikan minuman berkafein ini sebagai pengambilan harian untuk lebih bertenaga melakukan aktiviti harian.

Namun, bolehkah kopi diamalkan oleh kanak-kanak?

Menurut pakar permakanan dari Johns Hopkins University School of Medicine, Diane Vizthum, kafein pada kopi memiliki kesan tindak balas dos. Ukuran badan kanak-kanak yang relatif lebih kecil dari orang dewasa, tentu membuatnya lebih sensitif terhadap tindak balas kafein. Tubuh anak-anak juga umumnya belum mampu memproses kafein dengan baik. Itu sebabnya, mereka lebih terdedah terhadap kesan negatif kafein.

Terlalu banyak kafein dapat menyebabkan masalah seperti peningkatan anxiety, peningkatan degupan jantung dan tekanan darah, refleks acid dan gangguan tidur. “Terlalu banyak kafein berbahaya bagi anak-anak, dan dalam dos yang sangat tinggi, boleh menjadi racun,” ucap Vizthum. Riset 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics juga membuktikan, asupan kafein bisa menyebabkan perubahan pada tekanan darah dan jantung. Pengambilan kafein dapat menyebabkan kesan sampingan lain termasuk anxiety, gugup, sakit perut dan masalah tidur dan hilang tumpuan.

Gejala yang lebih parah dapat terjadi dengan pengambilan kafein yang lebih tinggi. Anak yang mengamalkan terlalu banyak dapat mengalami mual, muntah, cirit-birit, anxiety yang ekstrim, wajah memerah, sering buang air kecil, detak jantung yang tinggi dan tidak teratur. Overdos kafein dapat menyebabkan kejang dan serangan jantung.

Umur berapa kanak-kanak dibolehkan minum kopi?

American Academy of Pediatrics menyarankan agar kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak boleh mengamalkan makanan atau minuman yang mengandungi kafein, termasuk kopi. Untuk anak-anak yang berusia di atas 12 tahun, pengambilan kafein yang dianjurkan hanya 85 hingga 100 miligram per hari. Sebenarnya, kafein tak hanya ditemukan pada kopi. Ada banyak makanan dan minuman mengandungi kafein yang kerap diamalkan kanak-kanak.

Itu sebabnya, ibu bapa harus benar-benar menjaga apa yang diambil oleh sang buah hati untuk memastikan kesihatan mereka. Jangan pernah memberikan makanan apa pun yang mengandungi kafein pada kanak-kanak. Sedikit tegukan saja mungkin terlihat tidak membahayakan. Akan tetapi, kesannya boleh terjadi dalam jangka panjang. ibu bapa juga harus proaktif memberi pemahaman anak-anak mereka tentang bahaya makanan dan minuman berkafein.

Sumber- John Hopkins 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.