Wanita di England memakai gaun yang cantik, berhias dan bersolek keluar di depan rumah semata-mata untuk membuang sampah. Ia ekoran daripada pandemik Covid-19 yang menetapkan mereka untuk tidak keluar jauh dari rumah.
Seorang wanita berusia 49 tahun berkata, “Saya seronok berpakaian cantik walaupun untuk membuang sampah.” Wanita itu meminta jiran tetangganya untuk mengambil gambar dan merakam aksinya ketika membuang sampah dengan mengenakan pakaian yang cantik dengan solekan sempurna.
Pada mulanya wanita itu hanya memperagakan pakaian dengan bersahaja dan tidak menyangka perbuatannya itu diikuti oleh orang ramai. Setiap hari dia akan menukar gaun yang pelbagai jenis dan pernah mengenakan gaun yang dibuat oleh neneknya, Hilda Green, yang merupakan seorang pereka jubah professional.

Wanita bernama Matthews itu berkata, “Sangat mudah untuk membuat orang ramai tertawan buat masa kini, hanya mengenakan solekan dan pakaian gaun sudah cukup menjadi tarikan. Mungkin kami memerlukan pakaian seperti ini setiap hari.”
Selain itu, Matthews juga pernah berjalan sejauh 3.5 batu dengan menolak tong sampah dan mengutip sumbangan derma bagi tujuan kebajikan sambil mengenakan gaun cantik dan kasut tumit tinggi yang berkilau.
“Saya terharu kerana saya berjaya mengutip sumbangan dengan baik, jiran-jiran juga memberi dorongan semangat kepada saya.”
Sumber: Fox News