Siakap Keli

KKM Sedang Kaji Strategi Baru Untuk Dikemukakan Kepada MKN Susulan Peningkatan Kes COVID-19 Selepas Kelonggaran Rentas Daerah & Negeri Diberikan- Dr. Hisham

PUTRAJAYA, 6 Jan – Kes jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka mungkin akan terus meningkat buat masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Kita jangkakan kes mungkin akan bertambah lagi seminggu dua, iaitu selepas sambutan Tahun Baharu 2021 mungkin jangkitan akan semakin meningkat.

“Jadi kita perlu mengambil langkah-langkah yang seterusnya, sama ada mengkaji strategi-strategi baru dan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum kita boleh laksanakan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau sebelum itu mengulas mengenai trend peningkatan kes dari hari ke hari.

“Walaupun kita dapat elakkan lonjakan kes secara mendadak pada empat juta contohnya, tapi kita tidak berjaya untuk turunkan R-naught masih 1.1 dan meningkat 1.2 dan sebagainya.

“Kita tidak berjaya untuk turunkan kepada 0.5. Jadi kita perlu kaji semula strategi yang kita laksanakan dari 14 Okt hingga kini dan juga tindakan kita yang memberi kelonggaran pada 7 Dis,” tambahnya.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 45:50.

Sumber: RTM / KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'