Seorang wanita, 81 tahun dilaporkan berpisah buat sementara dengan teman lelakinya yang berusia 45 tahun lebih muda darinya kerana wabak pandemik COVID-19 yang berlaku. Difahamkan bahawa wanita tersebut menetap di United Kingdom (UK) manakala kekasihnya pula menetap di Mesir.
Menurut laporan Daily Star, wanita berkenaan mendakwa sepanjang perpisahan, dirinya mengalami tekanan sehingga menyebabkan dirinya sakit kepala. Namun begitu, wanita tersebut mengatakan bahawa dirinya tidak akan pergi ke Mesir buat keempat kalinya untuk berjumpa kekasihnya kerana masalah pembelanjaan dan dikhuatiri menganggu kesihatannya.
“Berpisah dari orang yang saya cintai sangat sukar. Saya tidak boleh kembali ke Mesir kerana negara itu tidak sesuai dengan saya.
“Saya tidak terfikir ini akan berlaku pada usia saya iaitu jatuh cinta dengan seseorang yang separuh usianya dengan usia saya. Tetapi anda tidak dapat menolak dengan siapa yang anda jatuh cinta,” katanya.
Meskipun begitu, pasangan tersebut mendakwa bahawa mereka saling meluangkan masa untuk berhubung setiap hari dan sehingga kini mereka dilaporkan masih bergelar pasangan kekasih.
Sumber: Daily Star