Nama Farhatul Fairuzah dan Zizi Kirana tidak asing lagi dalam bidang seni suara. Farhatul terkenal sebagai Juara Tilawah Kebangsaan manakala Zizi pula terkenal sebagai salah seorang penyanyi yang berbakat besar.
Baru-baru ini, Farhatul telah berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya yang membuatkan orang ramai kagum dengan kemerduan suara mereka berdua.
Dalam video tersebut, Zizi dan Farhatul telah bersama-sama melantunkan selawat ketika sama-sama menghadiri sebuah acara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Jom dengar lantunan selawat mereka di bawah.
Sebelum ini, Zizi telah mendapat perhatian orang ramai ketika membaca al-Quran dipercayai semasa acara yang sama.
Video itu membuatkan orang ramai terpesona dan bermuhasabah diri agar tidak menghakimi seseorang daripada luarannya.

Berdosanya kita hakimi orang lain

Sebak dengar orang mengaji dengan baik

Suka dengar Zizi mengaji macam ni

Sumber: Farhatul Fairuzah, Zizi Kirana