Siakap Keli

(Video) “Cakk Abang Bomba”, Keletah Lucu Abang Sempat Masak Maggi Dalam Lori Tersangkut Banjir Bikin Ramai Terhibur

Keadaan banjir yang telah melanda negeri Pahang dan Johor sejak minggu lalu menyaksikan beberapa jalan tidak boleh dilalui kerana dinaiki air.

Ia menyebabkan beberapa kenderaan ‘tersangkut‘ di tengah jalan dan terpaksa diselamatkan oleh pihak bomba.

Termasuk seorang pemandu lori ini yang tidak dapat meneruskan perjalanannya kerana paras air yang sudah tinggi.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila dia kelihatan sangat ‘rilek’ semasa menunggu diselamatkan oleh anggota bomba.

@iskandar6400

mantap👍👍👍🌹🌹🌹 terima Kasih abam bomba datang tgok kita…jap jap jap nk makan meeegi 🤲🤲🤲ya Allah

♬ bunyi asal – kipas lipas – kipas lipas

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Iskandar dilihat dengan bersahaja sedang memasak mee segera di dalam lori miliknya.

Sikapnya yang santai itu juga dilihat membuatkan anggota bomba yang tiba untuk menyelamatkannya tertawa.

Warganet juga pastinya terhibur dengan sikap lelaki itu yang dilihat sangat tenang walaupun sedang menghadapi ‘saat genting’.

Sumber: Iskandar6400

Sofea

There's always another side to every story