Siakap Keli
Gambar : Suara.com

(Video) Rakaman Gadis Bermain Gelongsor Air Tular, Kegembiraan Musnah Apabila ‘Dirempuh’ Pengunjung Lain

Sebuah video merakam detik ‘panik’ seorang wanita yang sedang gembira bermain gelongsor air sehingga ada seorang lelaki yang tiba-tiba meluncur seperti hilang kawalan dan merempuhnya.

Dalam video itu, suasana kawasan kolam dirakam dengan sebuah gelongsor yang panjang dan tinggi.

Wanita bertudung merah mengambil giliran pertama kelihatan bersemangat dan menjerit semasa melalui gelongsor. Kegembiraan bertukar panik 30 saat kemudian, apabila seorang lelaki dilihat mengambil giliran untuk meluncur di gelongsor yang sama. Cuma, kadar kelajuan lucuran lelaki itu tidak dijangka, sangat pantas seperti kehilangan kawalan, berbeza dengan wanita yang meluncur sebelumnya.

Disebabkan itu, lelaki itu akhirnya berjaya ‘menangkap’ wanita yang telah meluncur terlebih dahulu. Mereka berdua akhirnya meluncur bersama, bertepatan dan jatuh ke kolam pada masa yang sama.

Wanita itu kemudian memukul lelaki yang ‘mengganggu’ kegembiraannya.

@yehezkielharefa

Untung aja🤦#PUBGMEmojiCHECK

♬ gunakan sound ini untuk mutualan – tea🥂

Sumber : Tiktok , Suara.com 

Aziezzan