Siakap Keli

(Video) Terkandas Di Jalan Kuala Lipis-Raub Sebab Banjir, Lelaki Ini Bakar Ikan Tepi Jalan Makan Ramai-Ramai

Seperti yang kita sedia maklum, beberapa negeri kini sedang dilanda banjir yang teruk sehingga menyebabkan tanah runtuh dan beberapa jalan utama ditutup akibat dinaiki air.

Rata-ratanya pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke destinasi masing-masing terpaksa menggunakan jalan kampung sebagai jalan alternatif.

Namun begitu, mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh selain terperangkap di dalam kesesakan yang teruk akibat banyak kenderaan menggunakan jalan yang sama.

Malah, tiada kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk berhenti mengisi minyak atau melapik perut yang lapar setelah seharian meredah hujan.

Begitulah yang terjadi menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter @imimaysrunnia, apabila ibu bapa mertuanya mengalami situasi yang sama, terperangkap di Jalan Kuala Lipis-Raub selama 24 jam tanpa bekalan makanan.

Mujurlah, iu bapa mertuanya yang kebetulan membawa ikan segar bertindak berkongsi rezeki dengan pengguna lebuh raya lain yang turut terperangkap di kawasan yang sama.

Gotong-royong bakar ikan di tepi lebuh raya untuk alas perut

Mereka bergotong-royong dengan mencari kayu api dan membakar ikan di tepi lebuh raya sebelum menjamah hidangan ikan bakar tersebut beramai-ramai. Memang epik!

Muka happy dapat makan ikan

Naik bot beli serbuk kunyit kat kedai

Warganet yang membanjiri ruangan komen memuji sikap rakyat Malaysia yang bersatu walau tidak mengenali antara satu sama lain.

Ianya akan menjadi pengalaman paling bernilai untuk dikenang dan diceritakan kepada generasi akan datang.

Menjadi pengalaman paling bernilai

Tersadai tapi macam dah ‘family gathering’

Kisah klasik untuk masa depan

Sumber: Twitter @imimaysrunnia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.