PAHANG – Kes banjir kilat yang berlaku di negeri Pantai Timur iaitu Pahang menjadi perbualan media dan masyarakat di seluruh Malaysia sehingga hampir kesemua jalan ditengelami air. Malah, pada hari ini, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit penurunan.
Berikutan itu, seramai dua pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat dari pasukan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) telah membina jambatan Bailey Compact di Kampung Lechar bagi menghubungkan beberapa kawasan termasuklah Perumahan Makmur Lechar Jaya, Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar, Pekan Ulu Dong dan Bandar Raub.
Difahamkan, jabatan yang sedia ada dilapor telah runtuh ekoran kejadian tanah runtuh dan arus deras sungai pada 3 Januari yang lalu.
Oleh itu, anggota 91 Rej Bantuan RAJD telah diarahkan untuk memasang panel jambatan sementara bagi menggantikan jambatan Jalan Lechar untuk memudahkan penduduk setempat.
Pada 6 Januari 2021, Tentera Darat (TD) telah diaturkan bagi mengerakkan Jambatan Compavt Bailey 200 daripada Kem Batu Kentomen di mana jambatan berkenaan akan dipasang oleh anggota 91 Rej Bantuan RAJD tersebut.
Ia merupakan peralatan yang sesuai dipasang sama ada sementara ataupun kekal bagi menghubungkan jalan yang terputus disebabkan tanah runtuh dan arus deras sungai.
91 Rej Bantuan RAJD Bina Jambatan BaileyTentera Darat telah mengatur gerakkan Jambatan Compact Bailey 200 daripada Kem…
Posted by Berita Tentera Darat Malaysia on Thursday, January 7, 2021
Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia